klik la sekejap ye.. :)

About Me

My photo
seorang gadis biasa...

cinta hatiku

cinta hatiku
ayah & ibu

:)

:)
cakah

sisters

angah
Powered by Blogger.

Wednesday, December 1, 2010

kekasih biasa vs kekasih sejati

Kekasih Biasa ~ Selalu mendoakan kebahagiaan kamu

Kekasih Sejati ~ Selalu berusaha memberi kamu kebahagiaan

Kekasih Biasa ~ Mengharapkan kamu berubah demi dia

Kekasih Sejati ~ Dia sanggup berubah untuk kamu

Kekasih Biasa ~ Tidak suka kamu menghubunginya ketika dia sedang tidur

Kekasih Sejati ~ Tidak kisah bila-bila, asalkan kamu menghubunginya

Kekasih Biasa ~ Setiap deetik selalu menunggu panggilan daripada kamu

Kekasih Sejati ~ Setiap detik akan selalu menghubungi kamu

Kekasih Biasa ~ Selalu ingat senyum pada wajah kamu

Kekasih Sejati ~ Selalu ingat senyum dan tangis pada wajah kamu

Kekasih Biasa ~ Akan membawa makanan yang enak-enak

Kekasih Sejati ~ Akan menyediakan makanan yang kamu suka

Kekasih Biasa ~ Selalu memikirkan sebab perpisahan

Kekasih Sejati ~ Tidak sanggup berpisah dengan kamu

Kekasih Biasa ~ Melihat semua yang telah dia korbankan untuk kamu

Kekasih Sejati ~ Melihat semua yang telah kamu korbankan untuknya

Kekasih Biasa ~ Selalu menyatakan kamulah yang diimpikan selama ini

Kekasih Sejati ~ Akan sentiasa berhati-hati dalam berjanji kerana dia tidak ingin kamu kecewa

Kekasih Biasa ~ Ingin kamu di samping menemani dia selamanya

Kekasih Sejati ~ Sentiasa mengharapkan dapat mendampingi kamu selamanya...

Kekasih Biasa ~ Berfikir bahawa pertengkaran adalah pengakhiran buat segalanya

Kekasih Sejati ~ Berfikir, jika tidak pernah bertengkar itu bukan disebut cinta sejati

Kekasih Biasa ~ Selalu bertanya mengapa kamu selalu membuatnya sedih?

Kekasih Sejati ~ Selalu bertanya pada diri apa yang membuatkan kamu sedih

mutiara kata untuk direnung bersama...

  • · Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
  • · Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
  • · Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
  • · Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
  • · Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
  • · Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
  • · Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
  • · Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
  • · Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
  • · Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
  • · Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
  • · Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
  • · Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Monday, October 25, 2010

beginilah.....

Untuk yang ke sekian kalinya aku menatap emel itu. Undangan untuk menghadiri majlis reunion dengan kawan-kawan sewaktu di sekolah menengah. Hatiku mula rasa berbelah bahagi. Haruskah aku pergi?”Ya,kau harus pergi Mia.”bisik hati kecil ku. Tapi jauh di sudut hatiku mengatakan aku tidak patut pergi. Aku bimbang untuk berhadapan dengan kenangan lampauku. Walaupun ramai yang menyifatkan cinta pada usia belasan tahun adalah cinta monyet tetapi bagi aku itulah cinta pertamaku. Yang sukar untuk aku lupakan. Tidak pernah sekali pun nama insan tersebut padam dari ingatanku. Ya,tidak pernah sekali pun. Uwais Uzma itulah nama yang tidak pernah aku lupakan dalam hidupku selama ini. Namun, kerinduanku pada rakan-rakan seperjuangan ketika di sekolah menengah mengatasi segalanya. Aku nekad untuk pergi ke majlis tersebut.

Emel tersebut aku tinggalkan. Aku mengatur langkah menuju ke penjuru bilik di mana letaknya rak buku. Aku gapai sebuah album gambar yang berwarna hijau. Album gambar itu aku selak satu persatu helaian nya. Tanpa dipinta memori lama tertayang dalam mindaku. Aku lihat satu demi satu gambar yang ada dalam album tersebut. Macam-macam kerenah yang tertera di gambar-gambar tersebut. Terselah sifat keanak-anakkan kami walaupun ketika itu usia kami sudah mencecah 17 tahun. Kelihatan kami amat gembira meluangkan masa bersama. Kami banyak meluangkan masa bersama memandangkan kami bersekolah di sekolah berasrama penuh. Segala suka duka kami kongsi bersama. Sebuah memori indah dalam episod hidupku.aku tersenyum sendirian mengenangkan semua kenangan tersebut. Tiba-tiba senyuman ku terhenti tatkala mataku menatap sebuah gambar yang menggandingkan aku dan Is pada jamuan makan malam yang kami hadiri pada lima tahun lepas.

Jamuan tersebut kami adakan pada hari terakhir kami bergelar pelajar sekolah. Kenangan malam tersebut terus ligat bermain di mindaku. Mengimbas kembali semua kenangan terindah pada malam tersebut. Tema pada malam itu ialah ` Sweet memory remain forever` dan semua jemputan diminta untuk menepati tema berpakaian iaitu berwarna hitam dan putih. Is menunggu ku di hadapan pintu masuk hotel tempat jamuan kami diadakan. Kami beriringan menuju ke meja yang telah ditetapkan. Sukar untuk aku menggambarkan perasaanku ketika itu. Semua mata tertumpu kepada kami. Pada malam itu, kami dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh beberapa pelajar dalam kalangan kami sendiri. Seketika kemudian, aku terkesima pabila Is menuju ke pentas. Aku betul-betul tidak menyangka yang Is akan menyanyi juga. Is memulakan nyanyian nya. Is mendendangkan lagu `Kenangan terindah ` buat kami semua.

“ Lagu ini Is tujukan buat teman-teman semua dan buat yang teristimewa Mia Qistina.” Sejurus mendengar ucapan daripada Is, semua tetamu yang hadir member I tepukan yang gamat sekali. Ada juga yang mengusik-ngusik aku. Malu aku dibuatnya. Selesai Is mendendangkan lagu, dia mengambil semula tempat duduk yang ditinggalkannya tadi. Aku amat bahagia tika ini. Sesaat kemudian, Is menghadiahkan senyuman manisnya kepadaku. Jantungku berdegup kencang tatkala mata kami bertembung. Is menghulurkan sebuah kotak kecil kepadaku. “ Apa ni Is?”,tanyaku kepada Is.” “Khas buatmu Mia. Sebagai kenangan abadi antara kita. Tanda cintaku kepada mu sayang”,jawab Is kepadaku. Sukar bagiku untuk menggambarkan betapa gembiranya aku ketika itu. “ Terima kasih Is. Aku akan ingat malam ini sampai bila-bila. Aku juga akan ingat kenangan antara kita hingga akhir hayatku. Is,bolehkah kau berjanji sesuatu dengan ku?”,tanyaku kepada Is. “ Apa dia Is?,”tanyaku kembali kepada Is.”Mia,berjamji kepadaku bahawa kau akan menyayangiku hingga akhir hayat kau seperti mana aku menyayangi dirimu.”kata Is kepada ku. Aku terenyum sambil berkata kepada Is, “ aku berjanji dengan sepenuh hati ku dan dengan rasa cintaku kepada mu Uwais Uzma bahawa aku akan menyayangimu seumur hidupku.”

Tiba – tiba aku dikejutkan oleh bunyi lagu Ruang rindu nyanyian kumpulan Letto yang berasal dari negara seberang. Aku mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja solek yang berhampiran.