klik la sekejap ye.. :)

About Me

My photo
seorang gadis biasa...

cinta hatiku

cinta hatiku
ayah & ibu

:)

:)
cakah

sisters

angah
Powered by Blogger.

Tuesday, December 27, 2011

dia 'Jahat'

assalamualaikun encik belog.
selamat pagi !
hmm... tetiba pagi ni, bangun2 tidur.. ingatan pd si Jahat ni sgt mendalam.
ni kali pertama sy cerita pasal si jahat ni dkt encik belog.

sebenarnya, sy dan si jahat di hanyalah sejarah.
sejarah yg tak bisa dilupakan. *perghh! ayat bukan main.*
hahaha.
tapi serious, sejak 2 menjak ni, si encik jahat ni slalu hadir dalam fikiran sy. dia yg mula-mula mengajar sy erti kasih,sayang dan cinta. walaupun masa tu boleh dikira cinta monyet tapi sy tak rasa pun kami monyet. haha.
dia baik sangat.
ok.. sy ingat lagi time tu, 10.10.08.
sy dan encik jahat. cinta diawangan. hati berbunga-bunga.
tarikh itu je yg sy ingat sampai sekarang walaupun xprlu nak ingat sebenarnya.haha.

eh, dia masih ingat sy ke ???
erm, byk benda dh sy buat utk lupakan dia. smua hadiah yg dia bagi dulu semua dah takde.. yg tinggal skrg hanyalah kotak besar. kotak yg sgt cantek. rasa sayang pulak nak buang. hihi.

ok.. hari ni dah masuk 3 tahun sebulan lebih.. sy masih ingat kat dia. bukan sebab sy sunyi ke... sebab sy boring ke.. tp memang sumpah, sy masih rasa lagi keikhlasan cinta kami. cehh. ayat, rasa nak muntah! haha. jgn muntah ye encik belog. sabar je.

rasanya mcm dh panjang. em, kalaula encik jahat bace ni.. sy nak dia tau... sy masih sygkan encik jahat yang humble. ok. tu je utk kali ni ye encik belog.

bye, salam sayang.
zettyamir.

Monday, December 19, 2011

Monday, December 12, 2011

usai...aku terima nikahnya


assalamualaikum encik belog :)
rajin pulak rasenye nak beblog tem cuti2 ni ^^
ari ni nak wat post mcm tajuk tu haa...

usai...aku terima nikahnya.

hehe.. encik blog jgn risaula, sy belum kawen.
tu tajuk novel yg terbaru sy beli la encik belog.
sy dh khatamkan novel tu semalam.

critenye.. bolehla tahan...daripda 5 bintang, sy nak bagi 4 bintangla.
haha. nak bagi 5 bintang mcm belom je kottt..
cite ni jalan critenye lain.
agak mencabar gak la.

watak heroin die nama PUTERI...
~ dia dipaksa kawen time umur 19. lepas tu, keluarga mertuany benci kt dia. dipaksa kawen pu sebab harte je. arwah datukny banyak tinggalkan harta utk die. mak mertua die, anak agkat arwh datuk. tu yg beria sgt bermenantukan puteri sebab mgikut pjanjian, siapa yg kawen dgn puteri, akan dpt tanah 5 ekar. dan utk setiap 5 tahun, akan dpt 5 ekar lagi. masyuk tu ! :) tu pengenalan je la :) selebihnye, bacalah ye. byk lagi jual novel ni.

dalam novel i pun menerapkan nilai persahabatan yang tersangatla tinggi. yang uniknya, ia menampilkan persahabatan antara 2 org lelaki yang sgt akrab. mereka sggup berkorban utk melihat kebahagian sahabat. mereka susah nak mengishtiharkan kawan, tapi mereka sgt sygkan sebuah persahabatan. so sweet ! :)

kalau dpt laki mcm khalif kan best ^_^
dpt yg mcm Is pun OK. hehe..

ni haa.... gambar novel tu...

k lah encik belog. stakat ni je utk kali ni.
hehe... nanti sy dtg lagi k.

salam sayang utk semua :)

Thursday, December 8, 2011

hero saya, hero malaysia

assalamualaikum encik belog.
hehe... mlm ni, tiba2 rasa nak update pasal hero sy ni..*perasan je lebih !
hero sy ni, hero malaysia tau encik belog.
ehh, encik belog xkan tak kenal kot..
k2, ni haaa...gambar hero kesayangan sy :)
* fandi othman :)

encik belog, tolong sampaikan salam syg sy pd hero sy ni ye.
doakan impian sy nk jd heroin die tercapai !
haha. k lah encik belog.
stakat ni je utk kali ni.
selamat malam encik belog ^_^

syg semuanya.

Thursday, November 24, 2011

:) :) :)

sy & dia yang punya :)
suka sangat ! ^_^

Sunday, November 20, 2011

positif

assalamualaikum encik belog..
lama tak bersua.

hari ni, nak gtau encik belog...
sy dah rasa lega sikit sekarang..
dia dh tunjuk sikap2 positif wlupun tak sepenuhnya..
takpe.. sy boleh tunggu..

betul kata dia, dia perlukan ruang dan peluang utk bersendiri.
kita sebagai sahabat perlu membantu utk dia rasa selesa...
sebagai sahabat, jgn terlalu memaksa..

sy doakan dia happy ^_^

Saturday, November 5, 2011

Pengorbanan


assalamualaikum :)

encik belog, ^__^
esok, 10 zulhijjah 1432 H...
Umat islam akan meraikan hari raya Aidiladha. Hari raya Aidiladha a.k.a Ari Raya Aji di Bumi Kenyalang. Sambutannya tidaklah semeriah sambuatan hari raya puasa namun penuh penghayatan dan makna. Bagi yang berkemampuan tu, adalah seekor 2 lembu mereka tumbangkan untuk dikorbankan. Alhamdulillah.

Seperti yang orang salu uar-uarkan dan saya yakin semua org tau termasuk budak tadika pun tau iaitu ari raya aji selalunya dikaitkan dengan ibadah korban. Ok. Lembaran kali ini sy bukannya nak bincangkan isu korban pd ari raya aji saje... tapi, pengorbanan kita secara umumnya.

PENGORBANAN.
sebagai manusia yang menumpang di bumi Allah ni, byk pengorbanan yang kita perlu lakukanbukan sahaja bagi kepentingan diri kita tetapi juga untuk kesejahteraan bersama.

bagai sy sendiri lah encik belog ya... insan yang paling banyak berkorban sepanjang kehidupan sy ini ialah ibu saya yang tercinta. Puan Hajijah Binti Daud. Ibu telah membawa sy dalam kandungan selama 9 bulan. setelah itu, bertarung nyawa utk memastikan sy boleh menjejakkan kaki ke bumi yang indah ini. Selama 19 tahun sy hidup, belum pernah ibu mengeluh atau merungut kerana telah penat berkorban utk sy. sy syg ibu sgt2. terima kasih ibu. sy berjanji akan menjaga ibu selagi hayat sy dan sy akan pastikan ibu bahagia seperti mana ibu tidak pernah mengecewakan sy semenjak kecil lagi.
itulah pngorbanan seorang ibu.. huhu.. xboleh nak crita panjang2 la encik belog. nanti xpasal2 banjir pulak keyboard ni.

tu je lah utk mlm ni ye encik belog.
sy syg semua :)

Monday, October 31, 2011

terus terang


assalamulaikum...
amboiii... rumah siapa la yg berdebu ni..
haha.. nampak sangat dah lama tak update encik belog ni..
kesian nya...

ok... ari ni sy nak terus terang kat encik belog...
terus terang ?
yee encik belog..terus terang..

huhuhu.. dah sekian lama sy pendam...lama dah nak cite kat encik belog, tapi tak tau macam mana. tambah lagi, takde keberanian. huhhu.. tapi tak la lama mane pun.. tolak tambah campur bahagi adalah dalam sebulan lebih macam tu..

nasib baikla ade encik belog ni. boleh jugak mengadu kan?
sebenarnya encik belog,sy rasa janggal sangat semenjak 2 menjak ni. SANGAT2 JANGGAL!
kalau sebelum ni, sy rasa aman,bahagia,ceria dan damai bila berada di rumah kedua sy ni. k2, maksud sy IPG secara amnya dan BLOK MAHSURI khasnya.

bukan saje2 je sy nak cakap mcm tu. erm, encik belog, awak rasa janggal tak kalau sebelum ni awak selalu buat itu dan ini bersama orang2 tertentu, then tiba2 semakin JAUH DAN JAUH. mungkin salah sy kot encik belog. mungkin sy tak perasan sy bersalah. tapi kalau memang salah sy atau org anggap itu salah sy, sy dengan rendah hatinya memohon beribu serta berjuta kemaafan.

sy xtahan dah encik belog, hidup dalam keadaan mcm ni. setiap kali sy buat apa2, mesti sy teringat yg kami pernah buat bersma sebelum ni. Ok, nak dijadikan cerita, minggu ni kan minggu ulangkaji sebab minggu depan kami dh nak exam. kalau sebelum2 ni, selalu je study sama2, study sambil tengok tV kat bilik tV d bwh tu..pastu buat air panas sma2...mcm2 lagi la sama. ADOOIIIII.... untuk kali ni, sy buat sorang2 semua tu.. MUNGKIN DIA JUGA BUAT SORANG2 KOT.... entahla... tapi sy just nak bgitau encik belog....sy rindukan dia sangat2.

betullah kata2 yang sy jumpa hari tu...


encik belog, kalau boleh, sy nak sangat tau knpa kami jd begini sebelum exam nanti. tapi mcm mustahil je kan. kalau encik belog terjumpe org tu.. tolong bagitau dia, sy sayangkan dia..tolong maafkan segala kesalahan saya..sebab sy manusia biasa yang tidak sempurna malah sering membuat kesalahan.

tu je lah kot untuk kali ni.
syg encik belog :)

Saturday, October 15, 2011

risau

kenapa sy perlu risau bila awak dlm kesusahan ?
kita bukan ada kaitan pun sekarang
huhu..
sumpah ! saya risau.
awak.. kembalilah ke pangkal jalan.

Sunday, October 9, 2011

cinta fatamorgana

tgh on9 malam semalam....
tiba2 dapat idea...
CINTA FATAMORGANA...
InsyaAllah...
akan datang.... :)

Thursday, September 29, 2011

???

tolong ingatkan aku bila aku telah melakukan kesalahan.
jangan biarkan persahabatan kita dingin.
walaupun aku xtahu apa salahku, aku ingin memohon kemaafan darimu.

aku sayangkan persahabatan kita.
aku sayang kamu..

Monday, September 26, 2011

suke :)

setiap kali tgok mesti senyum :)
terima kasih 2.4 km .
hihi

Sunday, August 28, 2011

kad raya


sepanjang dasawarsa yang lalu, memang la banyak kad raya yang sy dapat dari kawan2 & saudara-mara. (5 pun dah kira banyak kan?)
hehe..
tapi, sekarang ?
nak dapat 2 pun susah. hehehe..

tapi tahun ni, istimewanya.. saya dapat satu kad raya dari org yang ISTIMEWA :)
1 je.. hahaha...

ni dia....




hee ~ thanks ya :)

Friday, August 26, 2011

Terima Kasih Awak :)


hehe.. thanks ya..
xsangka.. hehe..
sy terharu..

saya JANJI...
sy akan cuba syg awak mcm mana awak syg saya.. :)

Wednesday, August 10, 2011

indah

sesuatu yang tidak dirancang selalunya indah.
suke sgt ! :)

thanks ya.. hehe..

Saturday, August 6, 2011

ulser

huh. . . !
merana aku manahan kesakitan.
wahai encik elser, cepat2 lah kau meninggalkan daku.
aku tak memerlukanmu.

kerana kau, aku menderita.
kerana kau, selera makan aku x ada.
kerana kau, bercakap pun aku tak lalu da.

tolonglahhhhhhhhhhhhh................ sakit tau takkk ????!!!!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan

ramadhan,
kehadiranmu membawa seribu erti,
kehadiranmu memberi sinar suci,
setahun kau pergi,
kini kau kembali.

bulan mulia,
kau memberi ruang dan peluang,
bagi umat muslimat membaiki apa yang kurang,
membetulkan apa yang yang terlepas pandang.

Ramadhan,
harapanku menggunung tinggi,
supaya kau tak meninggalkan kami,
tapi hakikatnya kau pasti pergi,
tahun hadapan kau bakal muncul kembali,
dibawa kau bersama malam seribu erti.


Tuesday, July 19, 2011

pembaca senyapku

kepada : pembaca senyapku :)
pesanan : saya syg kamu :)

*perasan ada org baca la pulak.. hehe...

Sunday, July 10, 2011

andai hidup ini

Andai hidup ini satu persinggahan

Aku inginkan persinggahan yang memberi pengajaran

Persinggahan yang mampu mengajarku

Persinggahan yang tidak menyesatkanku

Persinggahan yang memberi petunjuk untuk ke penamat yang betul.


Andai hidup ini satu pinjaman

Pinjamkan aku secebis kebahagiaan

Pinjamkan aku secarik kasih

Pinjamkan aku sebakul rindu

Rindu pada sang Pencipta

Kasih pada yang Maha Kuasa.


Andai hidup ini satu ruang dan peluang

Berikan aku ruang untuk memberi kebahagian

Berikan aku peluang untuk melihat kebahagian insan yang ku sayang

Berikan aku ruang untuk menjadi sinar kebahagiaan buat kalian.


Mungkin hidup ini akan berakhir

Izinkan aku mengakhirinya dengan senyuman

Senyuman buat kalian

Hanya kalian dihatiku .

Wednesday, July 6, 2011

gelangku

*beli sendiri ^^
*syilah berik :) Thanks syg ^^
*bli time jumpa pelangi2 ku :)
*ibu berik ^^ thanks ibu ..
*hadiah birthday dari kaksu, jijah & adib
* soft berik ^^ thanks :)
* nenek @ iefa izzy punya ^^
* beli tadi ^^
terima kasih semua ^^

Tuesday, July 5, 2011

selamat datang cinta


memang betul kau bukan yang pertama.
tapi MUNGKIN kau yang terakhir.

bukan janji, tapi satu misi.
hahaha.

selamat datang cintaku.
kau mungkin bukan yang aku cari, tapi kau yang aku perlu.

kejujuran penting dalam setiap hubungan.
aku ingin berlaku jujur.
buat masa sekarang, kau belum lagi menakluki hatiku.

selamat datang cinta :)

Tuesday, June 28, 2011

setahun ini


28 jun 2010...
genap setahun di IPG Kampus Batu Lintang :)
tak lah lama sangat pun....
tapi macam tak percaya.. sekejap nya.. setahun ?
rasa macam baru semalam kot kenal org2 kat sini..
disini aku mengenali kau, dia dan mereka.
setahun ini juga mengajar erti permulaan kepada kehidupan.
terima kasih pengalaman.

sayang semuanya.. <3
hehe... :)


Thursday, June 23, 2011

bukan mustahil

zaman sekarang ni, semua perkara bukan mustahil.
lebih-lebih lagi perkara...
KAWAN MAKAN KAWAN!

entah,
macam dah takde benda lain nak dimakan.
sampaikan kawan sendiri sanggup dimakan.
persahabatan yang terbina sekian lama boleh dimusnahkan dengan sebuah lafaz sahaja.
begitulah lumrah kehidupan.

persahabatan kini bukan sesuatu yang berharga bagi sesetengah pihak.
wang dan kebahagiaan diri jauh lebih penting bagi mereka.
semua insan perlukan kawan dalam kehidupan mereka.
tanpa kawan, hidup akan rasa kosong seperti,
tiadanya mentari menerangi bumi,
tiada hujan membasahi bumi.
begitu beertinya kawan.

*saje je nak merepek pagi2 buta ni lepas tgok crita ANNISA.
huh. pelik betul persahabatan mereka.

Jadi, kawan yang baik sentiasa menjadi kawan baik kepada kawan baiknya sebelum dia mahu kawan baiknya baik kepada dirinya.

Kawan baik
Bukannya senang mencari kawan yang baik
Bukan senang juga menjadi kawan yang baik

Kawan yang baik tak akan mengumpat di belakang kawan baiknya
Kawan yang baik tak akan cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
Sebaliknya kawan yg baiklah yg plg banyak membantu utk mencapai kejayaan

Kawan yang baik tak akan mempengaruhi kawan baiknya utk buat pekara buruk atau sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya utk buat kebaikan

Kawan yang baik adalah org yang di cari bila susah atau senang
Kawan yang baik tempat meluah perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa

Kawan yang baik tak akan memaksa kawan baiknya utk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak akan melarang larang kawan baiknya utk berkawan baik dengan org lain

Kawan yang baik tak akan cemburu jika kawan baiknya ramai kawan baik kerana kawan yang baik tahu apa yang baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya

Kawan yang baik tahu cita-cita kawan baiknya lalu memberi semangat dan dorongan
Kawan yang baik jika mengetahui kebodohan kawan baiknya lalu memberi pengetahuan
Kawan yang baik jika mengetahui kealpaan kawan baiknya lalu memberi peringatan dan petunjuk
Kawan yang baik sentiasa berada saat kawan baiknya bahagia dan tetap bersama bila berduka..

Dan jika kita hendak mendapat kawan yang baik, kita terlebih dahulu menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.


mini but meaningful



walaupun 13 org je.tapi bising macam 130 org =)
meriah sangat !
rindu nak jumpa mcm ni lagi.
sayang korang :)
thanks ajid ! semua gambar ko cantekk ^^

*muka tak senonoh bainun !
*makan aiskrim je pun boleh sampai sejam



*grace & bai

*matang kerrr ?
*kebahagiaan dalam perpisahan =)





*macam kpg budaya pun ada .


*berolah

*grace !

saya sayang kamu semua ^^

Tuesday, June 21, 2011

i miss u !


miss u.
saya xdpt tipu diri saya.
saya memang rindu kamu.
maaf :'(

*rindu kamu
*rindu sangat


* rinduuuuuuuuuu


*sorry.