klik la sekejap ye.. :)

About Me

My photo
seorang gadis biasa...

cinta hatiku

cinta hatiku
ayah & ibu

:)

:)
cakah

sisters

angah
Powered by Blogger.

Saturday, February 5, 2011

juara carta cinta !

Lelaki :“Orang kata kalau kita nak kenali seseorang, kita tengok bila dia shopping, apa yang ada dalam bakul atau trolinya.”

Maya: “Owh macam tu! Kalau I beli pisau setengah dozen? Tukul besi dua. Parang enam dan gergaji tiga. Apa maksudnya?”

Lelaki: “Somebody hurt you very bad, I guess.”

cute ! i like !
novel terbaru keluaran alaf21 !
keluaran februari 2011
mok beli ! xsabar :)

Wednesday, February 2, 2011

baru beli :)

cinta kan indah :)
tertarik mok beli sebab tengok cover nya macam best jak ...
cantek !
jln cerita pun ok...
dahla time beli tok, kedei ya dah nk tutup..
dh tutup lampu dh kedei ya tadik..
mklumlah org nk cuti CNY !
lepas baca kelak i update gik mcm ni crita tok.. best ka x.. ^^

Monday, January 31, 2011

cinta !

3 minggu dah..
tapi kerja ya x juak siap2..
entahla...
berat jak rasa hati nk siapkan kerja ya...
kenak la aku yg dpt word ya ...
word apa ???
hmmm...
CINTA !
knakla aku xdpt word lain selain dr CINTA ?
susah mok siapkan tugasan cikgu mahmud kali tok...
bukan nya sebab aku xda rasa cinta.. tapi...
sebab CINTA lah kau membenci seseorang...
sebab CINTA juakla hubungan persahabatn yang akrab pada mulanya jd musnah !

hmmmm... bilalah kerja tok akan siap ?

cinta langit & laut ^^


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata- kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah- merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah- pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran

Wednesday, January 26, 2011

kalau....


kalau hati ini panadol...akan ku ubatimu tika kau menderita kesakitan...
kalau hati ini payung...akan kupayungi mu tika gerimis dan mentari terik..
kalau hati ini selimut...akan ku selimuti mu bila mana kau kesejukan..
kalau hati ini air sungai...akan ku tetap mengalir pada arus yang sama walau apa pun yang terjadi...

namun...semuanya hanya kalau...

kalau lah KITA tidak pernah mengenali...
tidaklah aku sebegini...
tidaklah aku merinduimu tika kau meminggirkanku...

semuanya hanyalah kalau...

kalau dan kalau !

bagiku...
kalaupun aku menyatakan bahwa aku membenci dirimu...
itu hanyalah KALAU semata-mata !
aku sebenarnya tidak mampu untuk membenci dirimu...

apa2 pun..
aku mendoakan kebahagiaanmu sayang !


Wednesday, December 1, 2010

kekasih biasa vs kekasih sejati

Kekasih Biasa ~ Selalu mendoakan kebahagiaan kamu

Kekasih Sejati ~ Selalu berusaha memberi kamu kebahagiaan

Kekasih Biasa ~ Mengharapkan kamu berubah demi dia

Kekasih Sejati ~ Dia sanggup berubah untuk kamu

Kekasih Biasa ~ Tidak suka kamu menghubunginya ketika dia sedang tidur

Kekasih Sejati ~ Tidak kisah bila-bila, asalkan kamu menghubunginya

Kekasih Biasa ~ Setiap deetik selalu menunggu panggilan daripada kamu

Kekasih Sejati ~ Setiap detik akan selalu menghubungi kamu

Kekasih Biasa ~ Selalu ingat senyum pada wajah kamu

Kekasih Sejati ~ Selalu ingat senyum dan tangis pada wajah kamu

Kekasih Biasa ~ Akan membawa makanan yang enak-enak

Kekasih Sejati ~ Akan menyediakan makanan yang kamu suka

Kekasih Biasa ~ Selalu memikirkan sebab perpisahan

Kekasih Sejati ~ Tidak sanggup berpisah dengan kamu

Kekasih Biasa ~ Melihat semua yang telah dia korbankan untuk kamu

Kekasih Sejati ~ Melihat semua yang telah kamu korbankan untuknya

Kekasih Biasa ~ Selalu menyatakan kamulah yang diimpikan selama ini

Kekasih Sejati ~ Akan sentiasa berhati-hati dalam berjanji kerana dia tidak ingin kamu kecewa

Kekasih Biasa ~ Ingin kamu di samping menemani dia selamanya

Kekasih Sejati ~ Sentiasa mengharapkan dapat mendampingi kamu selamanya...

Kekasih Biasa ~ Berfikir bahawa pertengkaran adalah pengakhiran buat segalanya

Kekasih Sejati ~ Berfikir, jika tidak pernah bertengkar itu bukan disebut cinta sejati

Kekasih Biasa ~ Selalu bertanya mengapa kamu selalu membuatnya sedih?

Kekasih Sejati ~ Selalu bertanya pada diri apa yang membuatkan kamu sedih

mutiara kata untuk direnung bersama...

  • · Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
  • · Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
  • · Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
  • · Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
  • · Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
  • · Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
  • · Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
  • · Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
  • · Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
  • · Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
  • · Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
  • · Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
  • · Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.